Tips Memikat Wanita

ini hanya teori...lain padang lain belalangnya..
So, inilah 4 tips mudah yang sempat dicatatkan.

(1) jadi lah diri sendiri….
toksah tiru orang lain….you have to be yourself….
ingat, diri kita ni speacial dan unik…cuba kenali kekuatan diri…
dan mesti yakin pada diri sendiri…
kalau lelaki tu lembik dan tak boleh harap, pompuan mana nak terpikat…
pendek cerita….kita kena jadi lelaki yang sentiasa cool & macho gitu…

(2) kena jaga kebersihan diri…
saya pernah tanya beberapa pompuan yang saya kenali…” apa ciri yang diorang tengok pada seorang lelaki?” dia jawab….katanya, dia suka lelaki yang bersih dan wangi…

* gigi kena gosok selalu…pastikan jangan ada saki baki makanan yang terlekat celah gigi. pastikan gigi tidak kuning…
* pastikan anda berbau wangi….sembur lah perfume ker apa2 yg patut…pastikan mulut tidak berbau…pastikan ketiak tidak berbau busuk.
* kuku kena potong kasi pendek…jangan ada kuku yang hitam…pompuan akan geli tengok kuku lelaki hitam semacam jer…
* kalau ada misai ker jangggut ke…kena trim selalu…kasi jangan berserabut….
* pakaian jangan serabai…kena la kemas sikit….kalau pakai kemeja tu, pastikan kemeja tu bergosok…jangan la kemeja yang baru keluar washing machine berkedut2 tu main bedal jer pakai….so, nampak sangat la awak tu pemalas…
* kalau boleh, toksah la merokok…ramai pompuan yang saya kenal, diorang tak suka lelaki perokok….mulut bau busuk dan bibir jadi hitam semacam…“eeeiii geli i…tak selera nak cium….” itu antara komen2 mereka pada orang yang merokok….jadi, cubalah berhenti merokok…kalau anda degil nak jadi perokok gak, kalau boleh toksahlah merokok depan mereka…at least tunjukkanlah bahawa anda tetap respect diorang dengan tidak merokok depan diorang…kalau rasa dah tak tahan dan nak merokok gak, sorok2 dan sembunyi2lah…adik saya, seorang perokok tegar, tak pernah hisap rokok depan mak/abah saya, sebab dia kata, dia respect mak/abah saya…
* dan pastikan makan chewing gum ker atau buat la apa2 yg patut bagi menghilangkan bau rokok yang di hisap.

(3) kena la senyum selalu….(jgn kerap sangat..nanti org kata kita gila pulak)
senyum la dengan ikhlas….orang yang tak hensem pun,
kalau selalu senyum….muka jadi manis….orang suka tengok….banyak kebaikannya
kalau kita suka senyum ni….so, senyumlah selalu.

(4) jangan desprate sangat….
sungguhpun kita suka giler kat seseorang pompuan tu…
jangan la tunjuk kita ni desperate sangat….kontrol la sikit perasaan…kita kan lelaki…
jangan paksa pompuan tu terima kita….yang penting, bagi pompuan tu rasa selesa
dan ‘tak lemas’ bila bersama kita….baru la dia rasa seronok dan nak rapat dengan kita.

ada banyak lagi tips sebenarnya…tapi saya rasa cukuplah 4 tips tu dulu untuk dipraktikkan….

apa2pun….good luck to you….and all the best!!!!!


Yeah, mcm mana ya? Zaman sekarang ni kan girls demand sikit, hanya mahu lelaki ‘poket penuh’ dan good looking. Mengada betul diorang neh! hehe..
Faktor girls sukakan lelaki tetap sama walaupun mereka tergolong dalam golongan demand ni. So, ada 5 cara untuk memenangi hati seorang gadis.

1) Ingat Tarikh Penting- Ini penting sebab menunjukkan yang kita ambil tahu tentang si dia. Contoh, tarikh lahir si dia. Jangan lupa sebab pantang nenek moyang si dia andainya pasangan cucu cicitnya lupa tarikh-tarikh penting. Lagi satu contoh, tarikh mula couple.

2) Bantu Ringankan Beban- Jangan berat tulang kalau mahu teruskan hubungan dengan si dia. Kalau pergi shopping tu, tolonglah bawa barang-barang yang di’beli si dia. Si dia suka sekiranya anda membantu, jadilah pasangan yang ideal buatnya.

3) Memberi Pujian- Ini yang paling indah bagi golongan girls. Cubalah memberi sedikit pujian kepada si dia, ada baik sekiranya anda ikhlas dalam memuji(ramai yang tidak ikhlas dalam memuji). Hindarkan perasaan malu/segan dalam memuji si dia, tidak romantiklah beb kalau malu/segan.

4) Jadi Pendengar Yang Baik- Walaupun si dia bercakap tentang hal-hal yang membosankan pada anda, layannnn je! Tidak perlu bagi reaksi sebab nanti kantoi yang anda tidak suka topic yang di’bincangkan. Ayuh mendengar!

5) Penuhi Hajat- Ini yang paling sukar, sebab tu kedudukannya di’akhir sekali. Kalau anda mampu penuhi hajat si dia, anda adalah orang yang paling bahagia dan akan mempunyai detik-detik hidup yang semuanya indah belaka. Kalau si dia kata bestlah lagu dalam album baru penyanyi baru tu, itu maknanya si dia bagi signal suruh beli album tersebut. So, tunaikan hajat si dia.

Bg lelaki yang ingin memikat perempuan, cuba-cubalah try teknik yea .....SELAMAT MENCUBA !!!


Tak tahu cara nak memikat wanita - salah satu masalah yang paling memeningkan ramai lelaki. Dan, wanita pulak tak nak bagi tahu apa yang diorang nak.. Seolah-olah ini dah jadi satu misteri..


Misteri ni makin bertambah memening kan bila kita tengok ada lelaki-lelaki biasa yang takdelah berharta banyak dan rupa pun takdela hensem mana tapi relaks je dapat ayat mana-mana awek yang diorang suka. Tapi kenapa kita tak boleh buat pulak?


1)Sebelum mulakan langkah pertama, RELAX :

Salah satu penyebab terbesar kegagalan untuk memikat wanita ialah disebabkan korang terlalu risau dan gelabah bila nak mengorat. Inilah yang akan buat spoil. Korang kena relaks sebab bila korang relaks, korang akan dapat senyum lebih kerap dan wanita akan menganggap korang ni sempoi

2)Apa je yang korang buat , KONFIDEN!

Wanita akan sentiasa ingat tanggapan pertama dia kat korang. ‘First Impression’ la bak kate omputih. So, apa saja yang korang buat, pastikan korang buat dengan penuh keyakinan sebab wanita akan tertarik dengan lelaki yang ada keyakinan diri yang tinggi. Bukan setakat dalam percakapan je. Body language pun kena lah konfiden jugak.
TAPI, jangan terlebih konfiden pulak. Nanti korang akan disalah tafsir sebagai lelaki bongkak dan sombong pulak.

3)Puji dia, tapi puji secara bijaksana :

Takde apa yang paling wanita suka kat dunia ni selain dari pujian. Tapi hati-hati ! Jangan puji melambung sangat nanti nampak plastic! Wanita suka bersama dengan lelaki yang menghargai diorang tapi dalam masa yang sama , tak terlalu obses dengan diorang.

4Jaga diri korang dengan baik :

Hehe, macam pesanan dari mak pulak kan? Tapi seriously wanita ni suka dilihat bersama dengan lelaki yang berpakaian smart,fit, dan bersih. So, pastikan korang sentiasa dalam keadaan fresh bila bersama dengan dia.

5)Buat dia ketawa :

Kalau korang berupaya buat diorang gelak dan lupakan problem even sekejap, korang memang ada peluang yang besar untuk memikat diorang. Ini akan buatkan wanita enjoy dan nak spend lebih banyak masa dengan korang. Akan tetapi, pastikan jugak jangan buat lawak lucah atau lawak yang akan menyinggung perasaan dia

Teknik Memikat Wanita Dengan Pheromone Yang Berkesan
SILA KLIK

No comments:

Post a Comment